Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke dunia blogger yang serba glamour, penuh pancaroba dan onak berduri serta sampah sarap dan segala macam objek lagi. Ya. Selamat datang untuk diri sendiri.
Bosan jugak asyik jadi pembaca saja, setakat tengok makhluk lain menternak lemak, melilit selendang, memuncung mulut itik, mencaci maki melalui medium yang tersedia secara percuma tanpa caj tersembunyi ini, apa kata aku join sekaki? Sekaki payung? atauu.. sekaki kera? Sekaki bangku? sekaki ayam? Ini kalau pencinta Bahasa Melayu tengok, meleleh air mata ni, rosak.. rosak.. mana ada sekaki kera.. Relax dulu wahai pencinta bahasa, jangan nangis dulu, dunia blogging memang begini, ayat mau pelik, baru sempoi.
Maaf. Aku masih mentah dalam dunia ini.
Tunduk, pandang selipar jepun di kaki yang bercagu, kelihatan lutut tersembul dari jeans koyak, masuk bilik, cari cermin, belek rupa, cengkung, tulang, mana otot-otot di badan, tulang.. tulang..
Bolehkah aku tempuhi onak ranjau dunia ini?
Tunduk rapat memandang bumi.
Beri aku tunjuk ajar.
No comments:
Post a Comment