Aku tak berkenan sungguh perempuan pakai tudung.....
.....
tapi telanjang.
Tengok muka, comey. Putih gebu, dengan secalit gincu merah jambu, pipi bak pauh dilayang disapu serbuk merah apa jadah ntah namanya, mata biru bak anak kucing siam, ntah mata ori ke palsu tak tau la pulak. Keayuan teserlah dengan tudung di kepala. Sungguh ayu.
Tengok bawah sikit. Aduhai.. terkedu. baju sendat, sesendat-sendatnya. Jelas nasi lemak. Perempuan.. jangan cakap aku lucah. Dah dia yang tunjuk, letak gambar dalam facebook dengan bangga menayang nasi lemak dia. Aku tak mau la letak gambar individu tu kat sini, tak pasal aku kena tanggung dosa sama. Sangat mengancam. Kalau korang tengok pun, korang akan sependapat dengan aku.
Tengok bawah lagi, jeans sendat. Aih.. bawah sendat, tengah sendat, atas sendat, atas kepala saja tak sendat, tapi singkat pulak. Tolong la.. Tolong tutup nasi lemak tu. Kalau setakat 50 sen, boleh blah lagi, nie entah berapa ringgit. Dengan posing manjanya. Alahai.. apa gunanya cantik di dunia, kalau di akhirat tak boleh jadi ketua bidadari?
Akhirnya, aku block perempuan tu. Tak sanggup lagi.
klu ak pon suka tngok wanita seksi..haha tu la..alang2 nk tunjuk nasi lemak 50 sen.. baik telanjang terus..
ReplyDelete